Tuesday, 1 March 2016

Apa Itu Legasi Khatib Leman


L - Legasi lambang keturunan keluarga
E - Elok dijaga demi ayahanda tercinta
G - Gagasan besar matlamat bersama
A - Agar kita kekal bersama
S - Silaturahim dieratkan bersama
I  - Itu lah lambang keluarga bahagia

K - Komited dalam menyatukan keluarga
H - Harapan seluruh ahli keluarga
A - Amanah yg diberi dipikul bersama
T - Tulus dlm membuat kerja
I  - Ikhlas menyumbang segala tenaga
B - Bijaksana mengurus acara

L - Lemah lembut dalam berbicara
E - Emosi pelbagai dikongsi bersama
M - Mesra sentiasa sesama kita
A - Amanat di beri demi keluarga
N - Nama keluarga dinaung bersama

Monday, 1 February 2016

Majlis Perkahwinan Anak Che Merah Sulaiman

Sekitar Majlis Perkahwinan anak sulung Makteh Merah di Ampang, Selangor pada tanggal 26 & 27 Januari 2016







 





Tuesday, 26 January 2016

Pemergian Tuan Pengerusi Legasi Khatib Leman Tn Hj Zuhairni Bin Abdul Ghani





Pada 10hb Disember 2015 yang lalu, kita telah menerima berita yang mengejutkan dimana orang yang paling penting dalam menerajui Legasi Khatib Leman iaitu  Tuan Pengerusi kita, Tuan  Hj Zuhairni Bin Abd Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan mesra A. Joe telah kembali ke Rahmatullah di usia 53tahun akibat serangan jantung secara mengejut di kediaman beliau di Taman Maluri.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar buat seluruh warga legasi Khatib Leman ibarat burung yang patah sayap nya kerana beliau merupakan antara orang terpenting dalam menubuhkan dan mengumpul seluruh ahli keluarga keturunan Khatib Leman. Beliau sentiasa memberi idea dan membuat pelbagai perancangan dalam memastikan seluruh keluarga Khatib Leman dapat disatukan agar hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat lebih dieratkan lagi.

Serba sedikit tentang latar Tuan Pengerusi yang kita kasihi ini. Beliau di lahirkan pada 9hb Jun 1962 mendapat pendidikan terakhir nya di The College Of Practical Homeopathy , London .Merupakan seorang HDr iaitu Doktor Homeopathy bertauliah dimana beliau merupakan Presiden Homeopathy Malaysia. Allahyarham mempunyai Klinik Homeopathy di Jalan Semarak , Sungai Besi dan juga Jalan Tun Razak. Beliau merupakan seorang yang berperibadi mulia yang sentiasa terbuka tangan dan hati nya untuk membantu orang-orang yang memerlukan. Semoga segala amalan baik yang dilakukan oleh beliau sepanjang hidup Allahyarham akan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T. ..Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 

Amiiinnn....Amiiinn...Ya Rabbal Alamiiiin...

Al-Fatihah.... 







Gambar sepanjang acara pengkebumian Allahyarham Tn Zuhairni Abd Ghani.