Khatib Leman atau nama sebenarnya Sulaiman bin Abdul telah dilahirkan pada tahun 1894 oleh ibunya yang bernama Limah binti Abdullah di Bt 20, Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka.
Memiliki tubuh yang bersaiz sederhana, berkulit cerah kemerahan , bersifat lemah lembut dan merendah diri, tegas lagi penyayang yang merupakan didikan dari suku adat Perpatih Semelenggang.
Beliau mempunyai seorang adik berlainan bapa bernama Osman bin Daud yang berkahwin dengan Hjh Kelijah. Mereka tinggal di Bukit Keledang, Kg Ayer Limau.
Khatib Leman berkahwin dengan anak pasangan Hj Che Mat dan Siam@Yam dari suku Anak Melaka Paya Dalam yang bernama Aminah tetapi mesra dipanggil Che Embi oleh kaum keluarga, yang telah bersama-sama membangunkan kehidupan keluarga dengan bekerja kampung, menoreh getah dan bersawah padi. Diceritakan Khatib Leman pernah menjadi guru disekolah Melayu dengan gaji 24 Ringgit British sebulan tetapi beliau memilih untuk melakukan kerja kampung bagi menyara keluarga beliau.
Demi keluarga tercinta beliau telah membina sebuah rumah tradisional berbentuk rumah Perak, yang berbumbung dua sederhana besarnya dengan 29 batang tiang kayu beratap zing yang agak teguh.
Khatib Leman mesra dengan penghuni kampung kerana aktivitinya lebih cenderung kepada keagamaan. Dalam usia muda lagi beliau telah dilantik sebagai pegawai Syara’ dan menyandang Jawatan Khatib mengikut kuota adat suku Semelenggang.Beliau menjadi tempat rujukan masyarakat berhubung kenduri kendara, nikah kahwin dan kematian selepas Imam .
Bak kata orang-orang tua “sirih naik junjung patah” itulah yang telah berlaku kepada Khatib Leman dimana isteri yang dikasihi jatuh sakit. Akibat demam panas dan komplikasi dalam perut, Che Embi kembali ke rahmatullah pada 28.5.1940 dan meninggalkan Khatib Leman yang dicintai serta 5 anak lelaki dan 2 anak perempuan.
Ipar lamai yang sangta prihatin, berusaha untuk meringankan kesulitan hidup beliau akibat suasana yang menimpa.Keadaan diburukkan lagi dengan perang Dunia Kedua ( British-Jepun ).Beberapa orang anak beliau telah dibela sebagai anak angkat. Keadaan ini telah memberi impak yang amat mendalam kepada Khatib Leman, menyebabkan beliau terus dengan rendah diri merayu supaya memulangkan semula anak-anaknya kepada beliau melainkan Angah yang bernama Abd Ghani yang terpaksa kekal menemani neneknya Limah yang kematian suami.

Suasana mendung beransur cerah apabila ada pihak hendak membantu membela anak-anak yang memerlukan asuhan dan kasih sayang, maka bernikahlah Khaantib Leman dengan saorang gadis yang tinggal tidak jauh dari rumahnya bernama Embok binti Abdullah, tingallah mereka dirumah Khatib Leman dengan aman damai.
Selepas beberapa lama berkahwin, sampailah masanya Embok melahirkan anak yang dikandungnya, maka datanglah keluarga isteri menjemput dan membawanya balik ke rumah keluarga dengan tujuan melahirkan. Dari keluarga yang tidak pernah melahirkan anak, mereka menyambut kelahiran cucu pertama dari anak belaan dengan penuh kegembiraan.
Atas sebab-sebab tertentu, Si isteri telah tertahan daripada pulang ke pangkuan suami tersayang. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merungkai masalah yang melanda, namun segala nya menemui jalan buntu. Berasa kecewa dengan perkara tersebut, Khatib Leman telah menyerahkan semula jawatan sebagai Pegawai Syara’ dan Khatib yang telah disandang buat beberapa lama.
Walau bagaimana pun, Khatib Leman menghadapi dugaan tersebut dengan tabah. Anak yang kecil sudah mula membesar anak yang besar sudah mula beradu nasib dan ada yang sudah masuk Maktab Perguruan Tanjung Malim.

Khatib Leman meneruskan kehidupannya seperti biasa. Pada waktu petang beliau mentelaah kitab dirumah. Beliau kerap dikunjungi oleh peraih ayam dan peraih getah, yang sering bertanya khabar, bersembang bersama dan tidak kurang juga yang bergurau senda. Dalam episod bergurau senda sesama mereka, rakan - rakan sering mengusik dan menyuntikkan semangat untuk beliau kembali berumah tangga semula.
Akhirnya usikan-usikan itu mereka telah berjaya untuk membuka hati beliau untuk berumah tangga semula. Khatib Leman bersetuju untuk menikahi seorang gadis yang disarankan yang bernama Siti binti Said yang tinggal di Solok Pekat. Persiapan majlis ijab qabul dan segala urusan telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana.Dengan itu bermulalah hidup mereka sekeluarga dalam suasana yang aman dan bahagia.
Pada 21.11.1954 anak gadis yang dikasihi bernama Habsah yang ( telah bertunang dengan Jais bin A Ghani ) telah meninggal dunia. Manakala anak-anak yang lain telah keluar mencari kehidupan sendiri dan ada yang mengikuti suami maka tinggallah mereka berdua.
Menghadapi perubahan suasana yang baru, mereka telah mengorak langkah bagi membangunkan ekonomi keluarga dengan membuka sebuah kedai kopi di depan masjid Kg. Ayer Limau. Seterusnya beliau telah meneroka tanah di pinggir Bukit Apit dengan sokongan dan bantuan dari anak-anak dengan sekadar yang mampu. Anak-anak telah membina sebuah rumah bentuk Limas yang comel untuk mereka, maka hiduplah mereka sekeluarga dirumah berkenaan dengan aman.
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, setelah genap sepuluh hari si isteri melahirkan seorang anak lelaki iaitu pada tanggal 27 Mei 1969, beliau telah pergi menghadap penciptanya. Pemergian Khatib Leman telah meninggal Isteri yang dikasihi serta sembilan orang anak yang cerdas lagi comel, juga kaum kerabat yang ramai berselerak dikampung Ayer Limau, Kampung Lekok, Ayer Hitam Darat, Ayer Hitam Pantai juga Tanjung Bidara.
Semuga Allah swt merahmati roh mereka. Amin.
Musa Khatib Leman
6hb April 2015