Monday, 15 June 2015

Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil LKL


Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak yang tidak lama lagi.
Pihak AJK LKL telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah di Masjid Al- Azhariah, Seksyen 18 Shah Alam pada hari Sabtu, 13 Jun 2015. Semoga segala amalan dan sedekah jariah yang dilakukan pada majlis tersebut, dapat mendatangkan kebaikan dan pahala kepada semua yang hadir dan kepada seluruh ahli keluarga LKL yang hidup, mahupun kepada yang telah pergi meninggalkan kita semua. Al- Fatihah kepada seluruh keluarga LKL.



Susana sepanjang majlis Tahlil berlangsung.



















Selepas majlis berakhir, sebahagian ahli keluarga LKL sempat singgah ke rumah Pak Mat Zawawi untuk menimba ikan keli peliharaan beliau. Terima Kasih diucapkan kepada Pak Mat...lain kali boleh mintak lagi....hihihi... :D












Friday, 8 May 2015

Hari Keluarga Legasi Khatib Leman



Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan izin Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, akhir setelah beberapa lama seluruh Ahli Jawatan Kuasa Legasi Khatib Leman bertungkus lumus merancang supaya Majlis Silatul Rahim Legasi Khatib Leman dapat di adakan dengan jaya nya. Pada Hari Ahad, 03hb Mei 2015 yang lalu MAJLIS SILATUL RAHIM LEGASI  KHATIB LEMAN telah diadakan di rumah Makcik Senah iaitu anak ke - 4 Khatib Leman dari isteri pertama beliau di Batu 19 1/2, Kg Air Limau , Masjid Tanah, Melaka.

Majlis yang telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 400 orang ahli keluarga Khatib Leman dari jauh dan dekat sama ada dari Malaysia mahu pun dari Singapura. Majlis ini juga turut mendapat liputan daripada pihak RTM yang mana mereka akan menyiarkan suasana sepanjang majlis tersebut di dalam Berita Wilayah di RTM 1 dan juga Radio Negeri Melaka.



Kegembiraan jelas terpancar di wajah semua ahli keluarga yang hadir.


Proud to be Khatib Leman Legacy...


Semoga dengan berlangsung nya majlis seperti ini, hubungan kekeluargaan akan dapat terus dieratkan lagi. Kami sebagai AJK Majlis ingin memohon seribu kemaafan sekiranya sepanjang majlis berlangsung, terdapat kesilapan dan kekurangan yang tidak dapat kami sempurnakan. Insha Allah, di majlis-majlis yang akan datang kami akan cuba untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Moh kita layan gambar sebahagian aksi dan kerenah keluarga legasi khatib leman...!!


Barisan Ahli Jawatan Kuasa majlis yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis.
You are the best..!!! :D