Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Illahi atas izin nyer segala perancangan untuk membuat Hari Keluarga Legasi Khatib Leman Kali yg ke-2 telah berjaya berlangsung selama 2 Hari 1 Malam di Citra Kasih D'Resort, Pengkalan Balak pada 30hb April hingga 1hb Mei 2017. Seramai hampir 350 orang telah menghadirkan diri di dalam majlis tersebut. Majlis yang sangat awesome & happening. Berbaloi2 hasil penat lelah selama 6 bulan apabila dapat melihat semua keluarga LKL tersenyum dan bergembira bersama.
Walaupun pelbagai halangan awal terpaksa dilalui kerana tidak dapat mencari lokasi yang sesuai yang mampu menempatkan penginapan yang mencukupi untuk ahli keluarga LKL yang begitu ramai. Namun berkat usaha para AJK dan doa semua yang terlibat akhir kita berjaya menempah Citra Kasih D'Resort yang ketika itu baru saja dilancarkan. Alhamdulillah kita dapat menyewa keseluruhan bilik sebanyak 30 buah bilik yang ada di Citra Kasih D'Resort.
Suasana kawasan Citra Kasih D'Resort
Suasana dan kemudahan yang disediakan yang disediakan oleh pihak Citra Kasih D'Resort "Not Bad" kerana ianya merupakan kawasan "Private" yang diuruskan oleh pihak YAYASAN MELAKA, dimana chalet tersebut pada mula nya merupakan sebuah Kompleks Perahu Layar yang telah diubahsuai menjadi sebuah chalet. Dewan dan pantai nyer memang susuai untuk membuat Family Day yang ramai orang macam keluarga LKL.Walaupun pihak pengurusan Yayasan Melaka begitu berkira dalam setiap apa yang pihak LKL inginkan memandang kita dah book semua chalet dan dewan, tetapi overall semua okay laaa...walaupun mereka kedekut cikit pada mula nyer...hahahaha....
Ternyata semangat kekeluargaan sesama ahli Legasi Khatib Leman begitu kuat sehinggakan pihak AJK yg terlibat terpaksa mencari lagi penginapan yang lain bg memenuhi permintaan ahli keluarga yang ramai ingin menyertai Hari Keluarga tersebut. Alhamduillah sekali lagi Allah izin...Kerana niat yang baik untuk menyatukan keluarga segala nyer dipermudahkan apabila terdapat chalet yg baru saja dilancarkan juga tidak jauh dari Citra Kasih D'Resort, iaitu Ruqayyah Beach Resort yang terletak lebih kurang 1km dr tempat majlis yang akan berlangsung. Secara kesuluruhannya, pihak AJK telah menempah sebanyak 47 buah bilik...begitu hebat kekuatan semangat kekeluargaan yang ada dlm setiap diri ahli LKL.
Suasana Di Ruqayyah Beach Resort
Di Ruqayyah Beach Resort pula, Alhamdulillah...semua nyer ok..bilik selesa dan owner nyer pun senang di bawa berunding...hakak bg 5 bintang....hehehe...
Akak pun dah penat nak menaip nie...tulis panjang-panjang pun tara guna juga...moh ler kita layan gambar-gambar aktiviti sepanjang 2 Hari 1 Malam disana yang sempat di snap oleh ahli keluarga LKL yang hadir.
Suasana Di Majlis Makan Malam Jalinan Kasih LKL.
Masing-masing happy bila dapat bawak balik banyak hadiah kuiz dan cabutan bertuah.
Suasana ketika upacara perasmian hari Keluarga LKL oleh YB. Dato' Hj Amiruddin Bin Yusof
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak YB Dato' Hj Amiruddin B Yusof kerana sudi merasmikan majlis kami dan juga Tuan Hj Ibrahim serta kru RTM1 yang sudi membuat liputan tentang hari Keluarga Legasi Khatib Leman yang telah di siarkan di berita jam 5 pada 1 Mei 2017 di TV1 dan juga di rancangan Selamat Pagi Malaysia Pada 6 Mei 2017,